Buat Caesar dan Belmo, juga Mei dan siapa saja yang masih ingin belajar tentang agama Islam, termasuk juga penulis eh penyadur.
Mohon dikoreksi bila ada kesalahan,
Sifat Dua Puluh
Allah Ta'ala adalah Tuhan Maha Agung dan Maha sempurna. Maka wajib atas kita hambaNya mengenal sifat-sifat yang ada pada Allah Tuhan yang kita sembah. Sifat-sifat yang wajib dan yang mustahil
1. Wujud
: Artinya ada maka mustahilnya adam( tiada )
2. Qidam
: Artinya sedia maka mustahilnya huduth ( baharu )
3. Baqo'
: Artinya kekal maka mustahilnya fana ( binasa )
4. Mukhalafatu-Lil-Hawadith
: Artinya menyalahi dengan yang baharu. Maknanya Allah Ta'ala berlainan dari segala-galanya dari segi zat sifat atau perbuatan. Maka mustahilnya ialah Mumatha lah-Lil-Hawadith iaitu menyerupai dengan segala yang baharu
5. Qiyamuhu Binafsih
: Artinya berdiri dengan sendiri tanpa pertolongan sesiapa. Maka mustahilnya ialah Ihtiyaj Li Ghairih iaitu berkehendakkan kepada yang lain.
6. Wahdanniyah
: Artinya Esa atau tunggal pada sifat dan perbuatanNya. Maka mustahilnya
ialah Ta'adud iaitu berbilang-bilang atau banyak.
7. Qudrat
: Artinya berkuasa. Maka mustahilnya ajazun iaitu lemah
8. Iradat
: Artinya berkehendak iaitu sesuatu iaitu berlaku dengan hanya dengan
izin Allah Ta'ala. Maka mustahilnya ialah karahah iaitu terpaksa.
9. Ilmu
: Artinya Maha mengetahui maka mustahilnya ialah jahil
10. Hayat
: Artinya hidup maka mustahilnya mautun iaitu mati.
11. Sama'
: Artinya Maha mendengar. Maka mustahilnya a-samun iaitu pekak.
12. Bashar
: Artinya Maha melihat.Maka mustahilnya a'ma iaitu buta.
13. Qalam
: Artinya Maha berkata-kata. Maka mustahilnya abkamun iaitu bisu.
14. Kaunuhu Qodiran
: Artinya Maha berkuasa ( dalilnya sama seperti Qudrat ) Maka mustahilnya lemah.
15. Kaunuhu Muridan
: Artinya berkemahuan sendiri. ( dalilnya sama seperti Iradat ) Maka mustahilnya terpaksa.
16. Kaunuhu Alimun
: Artinya Maha mengetahui. ( dalilnya sama seperti Ilmu ) Maka mustahilnya jahil.
17. Kaunuhu Haiyyun
: Artinya Maha hidup. ( dalilnya sama seperti Hayat ) Maka mustahilnya mati
18. Kaunuhu Sami'un
: Artinya Maha mendengar. ( dalilnya sama seperti Sama' ) Maka mustahilnya pekak
19. Kaunuhu Bashiran
: Artinya Maha melihat. ( dalilnya sama seperti Bashar ) Maka mustahilnya buta
20. Kaunuhu Mutakaliman
: Artinya Maha berkata-kata. ( dalilnya sama seperti Kalam ) Maka mustahilnya bisu